Rawatan Kesuburan LPPKN | Dr Jasmina Dapat Kembar Empat Melalui IUI

Pada 11 March 2012, LPPKN ada mengadakan hari keluarga Jalinan Kasih LPPKN di Desa Waterpark.

Saya boleh lihat ramai anak-anak hasil rawatan kesuburan di LPPKN berkumpul pada hari Jalinan Kasih yang diadakan setiap 2 tahun sekali ini.

Ada ramai pasangan yang mendapat kembar dua dan tiga. Malah ada juga yang bertuah mendapat kembar empat melalui rawatan kesuburan IUI!

Kembar Empat Dr Jasmina - IUI LPPKN

Antra pasangan bertuah yang mendapat kembar empat ialah Dr. Jasmina Qamaruz Zaman dan suaminya, Hazli Zakaria.

Kebetulan saya duduk di sebelah Dr. Jasmina Qamaruz Zaman semasa majlis Jalinan Kasih LPPKN di Desa Waterpark. Banyak gambar kembar empat itu saya rakamkan.

Kembar Empat Dr Jasmina - IUI LPPKN

Dr Jasmina dan suami telah berusaha selama tujuh tahun untuk mendapatkan anak kedua. Anak pertama mereka Eimann Arrazi yang lahir pada 2004. Dr Jasmina mendapati yang dia susah mengandung anak kedua selepas kelahiran Eimann.

Kembar Empat Dr Jasmina - IUI LPPKN

Pelbagai usaha dibuat dan pasangan ini memilih untuk menjalani rawatan kesuburan IUI (persenyawaan dalam rahim) di LPPKN.

Selepas dua kali menjalani rawatan kesuburan IUI di LPPKN, tanpa disangka Dr Jasmina mengandung kembar empat!

Kembar Empat Dr Jasmina - IUI LPPKN

Tidak banyak masalah yang dialaminya semasa mengandung. Tetapi Dr Jasmina dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur semasa kandungan enam bulan sehingga bersalin untuk pemantauan.

Kembar empat Dr Jasmina (quadruplets ) dilahirkan secara pembedahan dengan dipantau oleh sekumpulan pakar kerana dikategorikan sebagai proses kelahiran berisiko tinggi.

Kembar Empat Dr Jasmina - IUI LPPKN

Dr Jasmina selamat melahirkan kembar empat iaitu dua lelaki dan dua perempuan selang seminit bermula pukul 2.08 petang pada 22 Jun 2011.

  • Eirfann Arazzi – 2.08 petang (lelaki, 2 kg)
  • Sara Yasmin – 2.09 petang (perempuan, 1.3 kg)
  • Eihsann Arazzi – 2.10 petang (lelaki, 2.1 kg)
  • Shaza Jasmin – 2.11 petang (perempuan, 1.6kg)

Menurut Dr. Jasmina, Sara dan Shaza dilahirkan dalam satu uri jadi mereka adalah kembar seiras, manakala Eirfann dan Eihsann berlainan uri dan tidak seiras.

Kembar Empat Dr Jasmina - IUI LPPKN

Eirfann Arazzi – Baby No 1

Dr. Jasmina merupakan pakar pergigian restoratif di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), dengan serius mengikuti semua nasihat doktor terutama selepas kesnya dipindahkan ke HKL dari klinik Lembaga Pembangunan Penduduk dan Keluarga Negara (LPPKN) selepas kandungan memasuki bulan keempat.

Kembar Empat Dr Jasmina - IUI LPPKN

Sara Yasmin – Baby No 2

Dia perlu rehat di hospital (bed rest) seawal kandungan berusia 25 minggu dan duduk di. wad 4B HKL selama dua bulan hinggalah tarikh bersalin.

Kembar Empat Dr Jasmina - IUI LPPKN

Eihsann Arazzi – Baby No 3

Selepas kelahiran, Dr. Jasmina ditahan di wad selama dua minggu sebelum dibenarkan pulang bersama tiga kembarnya. Sara Yasmin pada ketika itu masih ditahan di wad kerana beratnya masih belum mencapai 1.6 kilogram.

Kembar Empat Dr Jasmina - IUI LPPKN

Shaza Jasmin – Baby No 4

Memang jenuh jugalah apabila keempat-empat menangis serentak. Namun kami telah bersedia untuk keadaan ini. Malah kami juga mendapatkan khidmat dua orang pembantu untuk membantu menjaga anak kembar kami.” ~ Dr Jasmina

Forever Living Malaysia
PERHATIAN: Produk ini boleh didapati dari Pengedar Forever Forever Living Products yang sah, atau boleh BELI ONLINE, atau anda boleh JADI AHLI untuk dapat diskaun 15%! Daftar ahli hanya RM105 & dapat FREE 1x Aloe Vera Gel.

Anda boleh BELI ONLINE dari mana2 lokasi di Australia, Belgium, Canada, Cyprus, Czech Republic, Spain, United Kingdom, Greece, Northern Ireland, Ireland, Luxembourg, Malaysia, Netherlands, New Zealand, Philippines, Portugal, Singapore, Slovak Republic, United States and South Africa. Produk akan dihantar terus kepada alamat anda di negara tersebut!

Beli Produk Forever Living Online
Jika anda berada di mana2 negara yang tersenarai di bawah, anda boleh BELI ONLINE dengan klik pada bendera negara berkenaan. Jika negara anda tidak tersenarai, sila hubungi saya dengan mengisi borang ini. Saya akan hubungi anda secepat mungkin.
Australia Forever Living Products Buy Online Czech Republic czec-republic Netherlands Netherlands New Zealand New Zealand Slovac Republic Slovak Republic   Belgium Belgium Spain Spain Ireland Ireland Philippines Philippines United States United States Canada canada United Kingdom United Kingdom Luxembourg Luxembourg Portugal Portugal South Africa South Africa Cyprus Cyprus Greece Greece Malaysia Malaysia Singapore Singapore
 

DISCLAIMER: Pernyataan dalam laman web ini adalah pendapat penulis, berdasarkan pengalaman peribadi menggunakan ALoe Vera, pengalaman orang lain dan hasil pembacaaan dari buku, majalah dan laman web lain. Produk yang dibincangkan tidak bermaksud untuk mendiagnos, merawat atau mencegah penyakit2 tertentu. Anda disarankan berbincang dengan doktor jika mengalami apa2 masalah kesihatan atau sebelum memutuskan untuk mengambil supplemen dari Aloe Vera dan lain2.

Forever Living Malaysia
BUSINESS PARTNER DIPERLUKAN SEGERA!
Forever Living Products Malaysia - Singapore - Brunei


Modal mula dari RM1,550 -RM1,800 sahaja. Dapat 20+ produk pada harga ahli. Next belian diskaun/untung 35%! Boleh taja ahli. Yang *BETUL2 SERIUS NAK BISNES* sila isi borang di http://KhasiatAloeVera.com/ahli
Saya akan hubungi anda secepat mungkin!
http://BisnesAloeVera.com
http://rosibrahim.flp.com

Nama anda akan disenarai sebagai business partner team #AloeVeRos di laman web KhasiatAloeVera.com.

Semoga anda dan saya dimurahkan rezeki bersama Forever Living. Ameen.

4 Comments

  • cumie anuar says:

    salam..

    Dr Jas ni lecturer saya di UKM.. saya sebenarnya sdg mengikuti program master restoratif under dr jas.. disebabkan dia lah sy mendapatkan rawatan di lppkn.. alhamdulillah, kali pertama menjalani iui dgn dr hamizah pada jun 2011, sy berjaya mengandung dan telah selamat melahirkan seorang bayi lelaki pada 8 mac yg lalu.. sy tak tahu pun ada hari jalinan kasih lppkn ni.. kalau tahu, sure sy akan join! hehhe…

    • Ros says:

      salam cumie, peserta Jalinan Kasih akan dijemput melalui telefon oleh LPPKN. U gave birth 8 March kan.. Jalinan Kasih 11 March.. so confirmlah LPPKN tak jemput sebab baru bersalin.. maybe next two years akan dapat jemputan ;D

  • Fatin Affendy says:

    Alahai best nyer ler dapat kembar… Hopefully sy di kurniakn zuriat, kalu di takdrikn x byk ank.. cukup memadai sorang dua ank jer ~_~

  • soula says:

    salam, saya ada tiriod. saya dapatkan rawatan di hospital upm, under prof.nazri. saya baru setahun lebih kahwin. saya ada dengar dari kawan suami, wife dia buat iui di lppkn dan dapat kembar 2. doc ada cakap, saya ada cyst.. tapi tidak ada sebarang rawatan dan ubat untuk cyst tersebut. tapi doktor tumpu kepada tiriod saya. bacaan saya 52. walhal normal, 12-20.bacaan tinggi sangat. saya berharap dekat lppkn juga ada buat rawatan tiriod supaya saya boleh buat IUI. di upm doc x suggest sebab nak saya settle down tiriod dulu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *