Mengandung | Keguguran Lagi Buat Kali Ke 3!

Nampaknya tiada juga rezeki menambah anak untuk saya kali ini. Saya keguguran lagi buat kali ke 3. Pendarahan coklat mula menjadi merah terang *seperti darah haid walaupun tidak sebanyak itu*.

Saya pergi ke Hospital Sungai Buloh untuk kepastian. Boleh saja saya tidak pedulikan pendarahan ini dan anggap sahaja ianya haid yang lewat tetapi untuk pastikan tidak ada kehamilan luar rahim *ectopic* berlaku, saya gagahkan diri ke Early Pregnancy Assessment Unit (EPAU) Hospital Sungai Buloh.

Kerap sungguh saya ke EPAU hospital ini hinggakan seorang nurse di situ mengenali saya.

Hospital Sungai Buloh

Saya memilih ke hospital kerajaan kerana kos rawatan yang sangat murah. Hanya perlu bayar RM1 untuk pendaftaran. Kos pemeriksaan doktor pakar, ujian darah dan penggunaan peralatan adalah percuma.

Malah hospital kerajaan tidak akan sesuka hati mengarahkan pesakit buat prosedur D&C atau ERPOC untuk cuci rahim.

Tetapi.. kalau ke hospital kerajaan perlu bersedia fizikal dan mental untuk dijadikan “bahan ujikaji“.

Kali ini yang memeriksa saya adalah seorang doktor baru *mungkin doktor pelatih*. Mulanya saya di tanya pelbagai soalan tentang sejarah kesihatan dan sejarah kehamilan. Terfikir juga kenapa tidak rujuk sahaja pada rekod saya dalam sistem komputer hospital. Sejarah saya sejak 2008 ada di dalamnya!

Kemudian doktor itu menggunakan speculum *ah! saya benci speculum* untuk memeriksa pangkal rahim saya. Kemudian dia memasukkan jari untuk melakukan Vaginal Inspection (VE) dan scan di perut serta bahagian vagina. Cara doktor ini melakukan pemeriksaan agak menyakitkan. Confirm memang doktor pelatih la ni sebab kalau doktor pakar yang berpengalaman yang buat tidak keterlaluan sangat sakitnya.

Memang hari itu saya menjadi “bahan ujikaji”.

Setelah doktor pelatih buat pemeriksaan dan memberi laporan pada doktor pakar tetapi doktor pakar tidak berpuas hati. Maka sekali lagi saya diperiksa dengan speculum, diseluk sekali lagi dengan jari dan di scan bahagian perut serta scan di vagina.

Dua prosedur pemeriksaan dilakukan selang seminit oleh dua doktor berlainan!

Doktor pakar sahkan tidak nampak kantung bayi dan pintu rahim tertutup rapat. Besar kemungkinan kehamilan tidak menjadi dan sudah gugur sepenuhnya.

Saya redha. Keguguran kali ini agak berlainan dari keguguran yang saya alami sebelum ini.

Dua keguguran sebelum ini berlaku pada minggu 10-11 dan kelihatan kantung bayi tanpa bayi di dalamnya. Masa keguguran berlaku saya berasa kontraksi kuat dan menyakitkan – macam nak beranak.

Tetapi keguguran kali ini tiada kontraksi cuma ketegangan pada abdomen semasa pendarahan. Bagi saya perut tegang sebegini adalah biasa terutama kalau masa haid.

Disebabkan tiada kelihatan kantung bayi makan doktor pakar mengambil darah saya untuk dilakukan ujian Beta HCG. Ujian ini untuk mengetahui paras hormon HCG dalam darah saya dan perlu dilakukan beberapa kali dalam selang masa beberapa hari.

Tujuannya untuk melihat paras HCG samada menurun atau menaik. Jika HCG lebih dari 1,000 dan menaik menandakan kehamilan sedang berkembang. Tetapi jika HCG kurang dari 1,000 dan semakin menurun bermakna sudah berlaku keguguran.

Keguguran

Doktor mendiagnos saya sebagai “Most Likely Complete Miscarriage“. Hmmm.. sengaja tulis “most likely” untuk bagi secebis harapan? Tidak kelakar okeh.

Saya balik ke rumah dan mendapati ada satu ujian kehamilan terakhir dalam simpanan saya. Ujian kehamilan ini paling mahal saya beli dan ianya digital serta boleh menunjukkan usia kehamilan melalui pengiraan paras HCG. Alang-alang sudah ada alat ini maka saya lakukan ujian kehamilan buat kali terakhir untuk kehamilan kali ini.

Ujian Kehamilan

Hasilnya memanglah positif Pregnant. Usia kehamilan dinyatakan sebagai 4-5 minggu (tarikh conception 2-3 minggu lalu). Hmm.. paras HCG saya kelihatan sudah menurun kerana kalau ikut tarikh akhir period saya adalah 6 minggu mengandung.

Ujian Kehamilan

Dua hari kemudian saya ke EPAU Hospital Sungai Buloh lagi untuk repeat ujian darah B-HCG. Keputusannya confirm saya keguguran. Paras HCG memang sangat rendah dan menurun dari 360 kepada 70 sahaja.

Keguguran

Tiada prosedur D&C atau ERPOC disarankan kerana keguguran adalah Complete Miscarriage.

Tiada rezeki tidak mengapa. Boleh cuba lagi. Lagipun ada hikmah di sebalik kejadian ini. Banyak perkara yang saya perlu tangguhkan sebab mengandung boleh diteruskan kembali. Allah is Great!

Forever Living Malaysia
PERHATIAN: Produk ini boleh didapati dari Pengedar Forever Forever Living Products yang sah, atau boleh BELI ONLINE, atau anda boleh JADI AHLI untuk dapat diskaun 15%! Daftar ahli hanya RM105 & dapat FREE 1x Aloe Vera Gel.

Anda boleh BELI ONLINE dari mana2 lokasi di Australia, Belgium, Canada, Cyprus, Czech Republic, Spain, United Kingdom, Greece, Northern Ireland, Ireland, Luxembourg, Malaysia, Netherlands, New Zealand, Philippines, Portugal, Singapore, Slovak Republic, United States and South Africa. Produk akan dihantar terus kepada alamat anda di negara tersebut!

Beli Produk Forever Living Online
Jika anda berada di mana2 negara yang tersenarai di bawah, anda boleh BELI ONLINE dengan klik pada bendera negara berkenaan. Jika negara anda tidak tersenarai, sila hubungi saya dengan mengisi borang ini. Saya akan hubungi anda secepat mungkin.
Australia Forever Living Products Buy Online Czech Republic czec-republic Netherlands Netherlands New Zealand New Zealand Slovac Republic Slovak Republic   Belgium Belgium Spain Spain Ireland Ireland Philippines Philippines United States United States Canada canada United Kingdom United Kingdom Luxembourg Luxembourg Portugal Portugal South Africa South Africa Cyprus Cyprus Greece Greece Malaysia Malaysia Singapore Singapore
 

DISCLAIMER: Pernyataan dalam laman web ini adalah pendapat penulis, berdasarkan pengalaman peribadi menggunakan ALoe Vera, pengalaman orang lain dan hasil pembacaaan dari buku, majalah dan laman web lain. Produk yang dibincangkan tidak bermaksud untuk mendiagnos, merawat atau mencegah penyakit2 tertentu. Anda disarankan berbincang dengan doktor jika mengalami apa2 masalah kesihatan atau sebelum memutuskan untuk mengambil supplemen dari Aloe Vera dan lain2.

Forever Living Malaysia
BUSINESS PARTNER DIPERLUKAN SEGERA!
Forever Living Products Malaysia - Singapore - Brunei


Modal mula dari RM1,550 -RM1,800 sahaja. Dapat 20+ produk pada harga ahli. Next belian diskaun/untung 35%! Boleh taja ahli. Yang *BETUL2 SERIUS NAK BISNES* sila isi borang di http://KhasiatAloeVera.com/ahli
Saya akan hubungi anda secepat mungkin!
http://BisnesAloeVera.com
http://rosibrahim.flp.com

Nama anda akan disenarai sebagai business partner team #AloeVeRos di laman web KhasiatAloeVera.com.

Semoga anda dan saya dimurahkan rezeki bersama Forever Living. Ameen.

2 Comments

  • Ija says:

    Salam..just nk share pengalaman sy..sy br je miscarriage n br je buat ERPOC(Evacuation of Retained Products of Conception) / D&C 6 hr lepas. Sy dpt tau kandungan ada prob masa 9wk. Tak ada sakit, tak de contraction, or bleeding pun. Sy sengaja mntak doc scan sbb sy rasa xsedap hati. So sy ke klinik biasa (yg memang provide antenatal service),1st time scan, saiz janin kecik tak macam 9wk, saiz dia seperti baru 6wk. Plus, xde jantung n of coz xde heart beat. So, doc bg 2 minggu utk tgk klau2 ada perkembangan.

    Oleh krn xde darah, xde sakit, dan morning sickness pn ada lg, so sy masih manaruh harapan yg kandungan sy selamat. Selepas 1 mggu, sy ke ke Pusat Bersalin UMRA, Shah Alam. Kononnya nk start my 1st antenatal check up. Keputusan yg sama, xde jantung n heart beat. Oleh krn sy xde report/bacaan dr scan yg lepas,jadi doc decided utk tunggu 1minggu lg supaya dpt bacaan, dpt tengok perkembangan n bt perbandingan. Dlm pada tu, doc bg DUPHASTON TABLETS (Dydrogesterone)utk kuatkan rahim. Tapi 3 hari lepas tu, dia gugur jugak and keluar seketul mcm telur ikan tp berurat..(sy basuh darah2 tu, bungkus dgn tisu, lepas tu husband tanam dgn selawat..sedih pulak masa tu).

    Sy pegi semula ke klinik UMRA n selepas scan, mmg masih ada lg sisa2 yg tertinggal dlm rahim. Doc terus masukkn ubt utk kembangkn rahim supaya proses D&C lebih mudah dan jugak ubt berak. The whole process sgt cepat n semuanya dgn gyne Dr Ummul. Pkl 11pg jumpa doc, 12thgr masuk ward, 3ptg sy dibawa ke OT dan diberi bius. lepas tu terus x ingat apa, sedar2 sy dh ada dlm ward. Husband kata sy dlm OT dlm 45min. Doc akan benarkn kita balik selepas kita dh blh bangun n xperlu bermalam di ward. Sy keluar ward pkl 9mlm (lambat sbb kesan ubt bius tu kuat utk sy). Total bill RM784 termasuk ubt postan dan antibiotik. 5 hr selepas D&C, sy ada follow up utk scan. doc akan tgk rahim kita n periksa klau2 ada kecederaan atau apa2 sisa atau apa jgk masalah. Selepas tu doc bg 14hari ..Follow up dgn gyne Dr Rafi, consultation RM15, scan RM15.

    Sebenarnya D&C ni penting sbb proses ni akan menyelamatkn ibu tu dr apa2 komplikasi jangkitan dan toksin. Penting utk kita bersih kan rahim kita dgn cepat supaya jangkitan x berlaku. Sisa2 yg tetinggal dlm rahim klau x dikeluarkan boleh menyebabkan toksik dlm tubuh kita..Biasanya lepas keguguran, ibu akan merasa sakit kepala n pening2. Ini kerana sisa2 yg tertinggal di dlm rahim tadi mengeluarkan sejenis hormon n hormon ni lah yg sebabkan kita sakit kepala.

    Sedikit pengetahuan n pandangan sy pasal private hospital. Tak semua private hospital/doc money-oriented. kita kene rajin survey, tanya kawan2 n bt re-search info2 pasal doc gyne n hospital2 ni. Tapi yg pasti, dh tentu lah kita xdpt harga mcm di gov. hospital. SJMC, KPJ dh tentu lebih RM1k utk rawatan ini. Selama sy tinngal di Subang Jaya ni, sy rs ini je satu2 nya gyne n klinik yg murah tp dpt servis dgn doc pakar.

    • Ros says:

      Terima kasih kerana sudi berkongsi pengalaman. Betul, D&C sangat penting untuk cuci rahim bagi mereka yang tidak gugur sepenuhnya (incomplete miscarriage, ada sisa POC – product of conception).

      Saya percaya D&C hanya perlu jika tidak berlaku keguguran semulajadi iaitu ada kontraksi/sakit menandakan rahim sedang menyahkah janin/sisa secara semulajadi (seperti proses melahirkan).

      Malah doktor akan scan dari bawah untuk pastikan tiada sisa dan saluran peranakan sudah kembali tertutup melalui vaginal exam dan speculum.

      Masa akan diberikan (24 jam biasanya) untuk badan mengeluarkan sendiri sisa kandungan. Sebab itu kalau ke hospital kerajaan, mereka yg gugur terpaksa bermalam di EPAU untuk pemantauan.

      Jika masih incomplete, barulah ERPOC akan dijalankan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *