Masalah Kesuburan | Susah Mengandung Sebab Masalah Ketidakseimbangan Hormon

Saya tahu tentang masalah ketidakseimbangan hormon masa first appointment dengan LPPKN pada tahun 2007.

Masa tu LPPKN ambil sampel darah beberapa kali dalam satu kitaran period.

Melalui darah yang diambil makmal LPPKN boleh check tahap hormon berikut:

  • Progestrone (hormon perempuan)
  • Estrodial (sejenis hormone Estrogen)
  • GnRH (Gonadotropin Releasing Hormone)
  • FSH (Follicle Stimulating Hormone)
  • LH (Luteinizing Hormone)
  • Androgen (horman lelaki seperti Testosterone)

GnRH adalah hormon paling penting dalam system pembiakan. Hormon ni mencetuskan pengeluaran dua lagi hormone penting bagi tujuan ovulasi (FSH dan LH)

FSH adalah hormon yang bertanggung-jawab menghasilkan telur dalam kilang telur.

LH adalah hormone yang menyebabkan folikel mengeluarkan (rupture) telur semasa ovulasi.

Hormon yang penting bagi wanita macam kita ni ialah Progestrone. Tahap hormone ni boleh meningkat atau jatuh masa kitaran haid dan mempengaruhi kesuburan dan masalah senggugut.

Malah ujian tahap hormon ini boleh kesan jika kita ada polycystic ovarian syndrome (PCOS). PCOS adalah salah satu penyebab ketidaksuburan dan susah mengandung.

Mengikut satu kajian di US, 30% masalah susah mengandung adalah disebabkan ketidakseimbangan hormon.

Masalah hormon ni pulak ada macam-macam jenis. So, bergantung pada apa jenis masalah ketidakseimbangan hormone kita tu, maka berbezalah masalah ketidaksuburan kita tu.

Berikut adalah masalah susah mengandung yang disebabkan hormon.

  • Kitaran haid tak tetap
  • PCOS (polycystic ovarian syndrome)
  • Kegagalan embrio untuk melekat di rahim
  • Lendir serviks (cervical mucus) tidak berkualiti
  • Senang gugur (susah nak mengekalkan kandungan sehingga cukup bulan)

Kadang-kadang masalah ovulasi memang tak nampak dengan mata kasar. Ada setengah orang, walaupun tidak menghasilkan telur (ovulasi) setiap bulan tapi kita masih tetap ada kitaran haid yang tetap – macam saya.

Masalah period tetap tapi tak ada ovulasi dikenali sebagai kitaran anovulatory. Period ada tapi telur tak ada!

Bagi membantu masalah susah mengandung akibat ketidakseimbangan hormon ni – biasanya doctor akan bagi pil subur Clomid (atau jenis lain) dan suntikan Gonal-f (atau lain-lain suntikan hormone).

Kita juga boleh cuba Herba Maharani yang dikatakan boleh menolong menstabilkan hormon wanita.

Forever Living Malaysia
PERHATIAN: Produk ini boleh didapati dari Pengedar Forever Forever Living Products yang sah, atau boleh BELI ONLINE, atau anda boleh JADI AHLI untuk dapat diskaun 15%! Daftar ahli hanya RM105 & dapat FREE 1x Aloe Vera Gel.

Anda boleh BELI ONLINE dari mana2 lokasi di Australia, Belgium, Canada, Cyprus, Czech Republic, Spain, United Kingdom, Greece, Northern Ireland, Ireland, Luxembourg, Malaysia, Netherlands, New Zealand, Philippines, Portugal, Singapore, Slovak Republic, United States and South Africa. Produk akan dihantar terus kepada alamat anda di negara tersebut!

Beli Produk Forever Living Online
Jika anda berada di mana2 negara yang tersenarai di bawah, anda boleh BELI ONLINE dengan klik pada bendera negara berkenaan. Jika negara anda tidak tersenarai, sila hubungi saya dengan mengisi borang ini. Saya akan hubungi anda secepat mungkin.
Australia Forever Living Products Buy Online Czech Republic czec-republic Netherlands Netherlands New Zealand New Zealand Slovac Republic Slovak Republic   Belgium Belgium Spain Spain Ireland Ireland Philippines Philippines United States United States Canada canada United Kingdom United Kingdom Luxembourg Luxembourg Portugal Portugal South Africa South Africa Cyprus Cyprus Greece Greece Malaysia Malaysia Singapore Singapore
 

DISCLAIMER: Pernyataan dalam laman web ini adalah pendapat penulis, berdasarkan pengalaman peribadi menggunakan ALoe Vera, pengalaman orang lain dan hasil pembacaaan dari buku, majalah dan laman web lain. Produk yang dibincangkan tidak bermaksud untuk mendiagnos, merawat atau mencegah penyakit2 tertentu. Anda disarankan berbincang dengan doktor jika mengalami apa2 masalah kesihatan atau sebelum memutuskan untuk mengambil supplemen dari Aloe Vera dan lain2.

Forever Living Malaysia
BUSINESS PARTNER DIPERLUKAN SEGERA!
Forever Living Products Malaysia - Singapore - Brunei


Modal mula dari RM1,550 -RM1,800 sahaja. Dapat 20+ produk pada harga ahli. Next belian diskaun/untung 35%! Boleh taja ahli. Yang *BETUL2 SERIUS NAK BISNES* sila isi borang di http://KhasiatAloeVera.com/ahli
Saya akan hubungi anda secepat mungkin!
http://BisnesAloeVera.com
http://rosibrahim.flp.com

Nama anda akan disenarai sebagai business partner team #AloeVeRos di laman web KhasiatAloeVera.com.

Semoga anda dan saya dimurahkan rezeki bersama Forever Living. Ameen.

2 Comments

  • Umie says:

    assalamualaikum..
    info yg bagus. Sy pun ada masalah hormon gak. Hormon progestron sy kurang. Sy pun xtau mcm mana nak buat. Lagi pun period pun pjg..bleeding sampai 2-3 minggu br stop.

  • Rose says:

    Assalamualaikum…

    Saya juga mengalami masalah hormon tidak stabil dan menyebabkan period tak datang berbulan-bulan..Kadang-kadang sampai terpaksa ambil pil perancang untuk buat period tu datang (seperti disarankan oleh doctor pakar). Kalau tak ada period, maknana tak adalah telur kan..kalau tak ada telur, macam mana la saya nak mengandung..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *