Masalah Keguguran | Kronologi Gugur Kali Pertama

12/12/2008 – Jumaat

Lawatan pertama ke Pusrawi Kota Damansara untuk mengesahkan kehamilan. Saya sudah melakukan beberapa ujian kehamilan di rumah. Sekarang saya mahu doktor mengesahkan yang saya mengandung.

Mengikut gynae saya sudah 11 minggu mengandung. Tetapi ultrasound menunjukkan kantung kosong. Tidak ada degupan jantung. Tidak ada baby. Malah ukuran kantung juga hanya berusia 6 minggu sahaja!

Doktor minta saya datang lagi dalam masa 3 minggu.

13/12/2008 – Sabtu

Ada sedikit pendarahan apabila disapu. Warnanya coklat. Darah lama.

Tiba-tiba hati merasakan bahawa saya sudah tidak mengandung lagi. Gejala mengandung sudah tiada. Berdebar rasa jantung bila memikirkan hal ini.

14/12/2008 – Ahad

Pendarahan masih ada tetapi sedikit sahaja. Umpama masa hari-hari terakhir haid. Berwarna coklat dan hanya perlukan panty liner.

Saya merasa tidak sedap hati dengan pendarahan ini. Sebab saya tidak pernah berdarah semasa mengandung kali pertama.

Saya ke Hospital Sungai Buloh malam itu. Gynae yang memeriksa juga mengatakan hal yang sama tentang kantung baby. Ukuran hanya berusia 6 minggu. Kosong. Tiada baby. Tiada degupan jantung.

Dia juga mengatakan mungkin saya sudah keguguran pada 6 minggu. Tetapi kantung masih mengeluarkan hormon mengandung. Sebab itu masih bertahan hingga 11 minggu.

Keguguran sebegini dipanggil “missed miscarriage“.

Doktor berikan saya seminggu. Jika dalam masa itu saya belum alami keguguran semulajadi maka saya perlukan  D&C  (dilation & curettage) untuk cuci rahim.

16/12/2008 – Selasa

Malamnya saya alami kontraksi yang sangat kuat. Berlaku selang 2-4 minit. Bermula dari depan hingga belakang pinggang. Seumpama mahu melahirkan anak!

Saya melawan kesakitan sambil cuba menidurkan Izzah. Kemudiannya ianya berlaku. Kontraksi yang paling kuat dan menyakitkan. Bersama pendarahan yang banyak dan berketul-ketul.

Setiap kali kontraksi berakhir saya berdarah dengan banyaknya. Saya tahu saya telah kehilangan anak dalam kandungan.

Saya terpaksa makan pil penahan sakit untuk tidur.

17/12/2008 – Rabu

Saya hanya tidur selama 3 jam bila dikejutkan oleh kontraksi demi kontraksi. Kesan pil penahan sakit sudah hilang.

Pad 35cm Sofy Body Fit yang saya pakai dibasahi darah. Bocor hingga ke tilam.

Suami bertanya samada saya mahu ke hospital. Saya kata biar saya lawan kesakitan ini hingga pagi. Saya tidak mahu mengganggu baby Izzah tidur. Jika kami ke hospital pagi-pagi buta dia pun mesti ikut sama. Kesian.

9 malam hingga 7 pagi. 10 jam saya melawan kesakitan akibat keguguran kandungan.

Nasib baik saya masih ingat teknik pernafasan Hypnobirthing yang dipelajari sebelum Izzah lahir. Sangat membantu mengurangkan fokus pada rasa sakit.

Selepas menghantar Izzah ke taska, kami terus ke Hospital Sungai Buloh. Terkejut sebab kantung masih utuh di rahim walaupun pendarahan berlaku dengan banyak.

Gynae yang memerika menggunakan speculum untuk memeriksa rahim. Pada masa itulah kantung keluar. Keguguran saya sudah sempurna. Tidak perlu dicuci.

Saya diminta tunggu dalam Dewan Bersalin selama 4 jam. Sangat pening sebab kehilangan banyak darah.

Selepas 4 jam saya diperiksa lagi. Doktor kata POC (product of conception) masih ada lagi! Alamak!

Terus saya dimasukkan ke wad untuk proses mencuci rahim. Bencinya jadi pesakit dalam hospital.

In The Hospital

Bencinya kalau kena tolak masuk dalam dewan pembedahan yang sejuk macam kutub utara itu.

Prosedur ERPOC (bukan D&C) dijadualkan untuk saya keesokan hari. Prosedur ERPOC untuk mencuci rahim menggunakan vakum manakala prosedur D&C menggunakan alat pengikis.

18/12/2008 – Khamis

Saya diminta memakai baju gaun putih untuk prosedur ERPOC. Nasib baik doktor check sekali lagi dan mendapati saya tidak perlukan ERPOC. Saya dibenarkan balik.

Cuti sakit 9 hari.

 


Forever Living Malaysia
PERHATIAN: Produk ini boleh didapati dari Pengedar Forever Forever Living Products yang sah, atau boleh BELI ONLINE, atau anda boleh JADI AHLI untuk dapat diskaun 15%! Daftar ahli hanya RM105 & dapat FREE 1x Aloe Vera Gel.

Anda boleh BELI ONLINE dari mana2 lokasi di Australia, Belgium, Canada, Cyprus, Czech Republic, Spain, United Kingdom, Greece, Northern Ireland, Ireland, Luxembourg, Malaysia, Netherlands, New Zealand, Philippines, Portugal, Singapore, Slovak Republic, United States and South Africa. Produk akan dihantar terus kepada alamat anda di negara tersebut!

Beli Produk Forever Living Online
Jika anda berada di mana2 negara yang tersenarai di bawah, anda boleh BELI ONLINE dengan klik pada bendera negara berkenaan. Jika negara anda tidak tersenarai, sila hubungi saya dengan mengisi borang ini. Saya akan hubungi anda secepat mungkin.
Australia Forever Living Products Buy Online Czech Republic czec-republic Netherlands Netherlands New Zealand New Zealand Slovac Republic Slovak Republic   Belgium Belgium Spain Spain Ireland Ireland Philippines Philippines United States United States Canada canada United Kingdom United Kingdom Luxembourg Luxembourg Portugal Portugal South Africa South Africa Cyprus Cyprus Greece Greece Malaysia Malaysia Singapore Singapore
 

DISCLAIMER: Pernyataan dalam laman web ini adalah pendapat penulis, berdasarkan pengalaman peribadi menggunakan ALoe Vera, pengalaman orang lain dan hasil pembacaaan dari buku, majalah dan laman web lain. Produk yang dibincangkan tidak bermaksud untuk mendiagnos, merawat atau mencegah penyakit2 tertentu. Anda disarankan berbincang dengan doktor jika mengalami apa2 masalah kesihatan atau sebelum memutuskan untuk mengambil supplemen dari Aloe Vera dan lain2.

Forever Living Malaysia
BUSINESS PARTNER DIPERLUKAN SEGERA!
Forever Living Products Malaysia - Singapore - Brunei


Modal mula dari RM1,550 -RM1,800 sahaja. Dapat 20+ produk pada harga ahli. Next belian diskaun/untung 35%! Boleh taja ahli. Yang *BETUL2 SERIUS NAK BISNES* sila isi borang di http://KhasiatAloeVera.com/ahli
Saya akan hubungi anda secepat mungkin!
http://BisnesAloeVera.com
http://rosibrahim.flp.com

Nama anda akan disenarai sebagai business partner team #AloeVeRos di laman web KhasiatAloeVera.com.

Semoga anda dan saya dimurahkan rezeki bersama Forever Living. Ameen.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *