Masalah Keguguran | Kronologi Gugur Kali ke 2

Kesakitan emosi akibat kehilangan bayi dalam kandungan tidaklah teruk sangat. Saya boleh terima dengan redha dan tenang. Belum rezeki Izzah nak jadi kakak.

Tapi.. kesakitan fizikal selepas keguguran tu yang sangat menyakitkan. Saya sudah dah phobia dengan SPECULUM!

Tampalan ini khas untuk mencatat pengalaman mengandung kali ke 3 dan meneliti punca yang mungkin menyebabkan saya alami keguguran berulang. Maybe boleh dijadikan panduan jika saya mengandung lagi kali ke 4.

Kalau keguguran kandungan kali pertama (anak kedua) mungkin sebab rahim saya tak berapa kuat sebab baru melahirkan Izzah tak sampai 9 bulan melalui pembedahan. Mungkin juga sebab saya tak makan ubat kuatkan rahim Duphaston seperti yang I buat masa mengandungkan Izzah. Klik sini untuk baca Kronologi Gugur Kali Pertama.

Tapi gugur kali kedua (anak ketiga) ni mesti ada sebab lain. Sebab saya sudah jumpa doctor pakar masa 7 minggu untuk minta ubat kuatkan rahim Duphaston tu. Tapi masih tetap gugur. Mungkin saya ada salah makan?

Sementara ingatan saya masih fresh.. sayacatatkan makanan yang MUNGKIN ada menyumbang kepada keguguran. Saya tak pasti 100% tapi harapnya dengan catatan ni dapat membantu dikemudian hari.

Miscarriage is not Nature failing humans, but rather, humans failing to honor the laws of Nature.

7 April 2011

LMP – Last Menstruation Date . Hari pertama period yang terakhir sebelum mengandung. Kalau ikut LMP ni, saya dijangka bersalin 14 January 2012.

7 May 2011

Period tak datang. Hati kuat mengatakan saya pregnant. Teruskan makan Folic Acid yang memang saya makan selepas habis dos Maharani bulan April tu.

Minggu seterusnya asyik rasa mengantuk yang amat sangat masa kat office. Pernah tertidur masa attend training!

20 May 2011

Beli UPT kat farmasi. Tested positive. Happy sangat sebab bulan tu kalau tak pregnant secara semulajadi saya memang plan nak pergi LPPKN buat treatment.

Rasa nak makan Red Velvet cake. Order sebiji!

Bahan-bahan utama red velvet cake: tepung kek, gula, telur, pewarna merah, vanilla, baking powder, buttermilk, mascaporne cream cheese

Adakah salah satu bahan red velvet cake tidak selamat dimakan masa mengandung? Saya check Mascaporne cheese tu salah satu keju yang selamat dimakan masa pregnant.

23 May 2011

Pergi jumpa doctor pakar OB kat KPJ Selangor Specialist (SMC). Jumpa Dr Esah. Kandungan dah 6 minggu lebih. Scan perut tak berapa nampak sebab kedudukan rahim yang retroverted tu.

Saya minta Duphaston (ubat kuatkan rahim) sebab history gugur anak kedua in akhir tahun 2008 tu. So, makan Duphaston 2 kali sehari disamping Folic Acid macam biasa.

24 May 2011

Pergi Klinik Desa Kampung Nenas sebab nak buat Buku Merah. Buku Merah ni penting sebab saya plan nak bersalin kat Hospital Sungai Buloh lagi. Diberi appointment 21/6 untuk check darah dan 1/7 untuk buat ujian air gula.

Minta Big Babah keluarkan kotak baju dan seluar pregnant tahun 2008.  Sebab seluar I semuanya sudah ketat takleh butang.

25 May 2011

Terima Macaron yang order dari Cik Min Bentong. Ada 25 biji tapi I hanya makan 4 biji sahaja. Beberapa biji bagi office mate makan dan selebihnya masih ada dalam fridge.

Bahan-bahan utama macaron: putih telur, tepung badam, gula kastor, gula icing

Adakah salah satu bahan macaron tidak selamat dimakan masa mengandung? I tengok orang lain okey je makan masa pregnant.

26 May 2011

Mula minum susu Anmum Materna. Boleh minum susu perasa coklat sahaja.

Sentiasa rasa lapar dan pedih perut kalau tak makan dengan segera. Belum ada tanda mual atau loya. Selera makan macam biasa.

30 May 2011

Sakit tekak yang teruk dan batuk akibat rengsaan tekak. Tidak makan apa-apa ubat hanya minum air dengan banyak. Nasib baik sakit tekak tak berpanjangan.

10 June 2011

Makan Kenny Roger masa lunch – quarter chicken, potato salad ada mayonis, mashed potato dan fresh fruit salad. Malam makan hotdog tak sampai seketul kat rumah.

13 June 2011

Lunch makan Western Food – Fish Burger with potato chips.

Petang, beli bekalan makanan untuk dikunyah – YoGoo yogurt stick, apple dan majerin Meadowlea (sapu kat roti untuk bekal ke ofis).

Malam makan nasi dengan sayur kobis + bebola ketam.

Terbaca pasal Listeria dalam aplikasi i-Phone BabyBump – nasihat supaya elak makan Deli meat macam hotdog, burger dan sebagainya. Sebab Deli meat ada bacteria Listeria yang boleh menyebabkan keguguran. Alamak…hmmm.

14 June 2011

Pagi breakfast roti dengan Meadowlea + NesVita Oat cereal. Lepas makan cereal rasa loya sangat. Makan apple untuk hilangkan loya.

  • Lunch makan Nasi Beriani Ayam Goreng.
  • Petang snack makan YoGoo yogurt stick with apple.
  • Malam makan roti cicah sup daging + cendawan.

Malamnya susah nak tidur sebab sakit kat belakang pinggang *salah satu tanda keguguran akan berlaku ialah sakit belakang/sakit pinggang yang kuat*.

15 June 2011

Pagi breakfast roti dengan Meadowlea + air suam.

Lunch makan Western Food – Beef Stew, mashed potato with mayonis dan coleslaw carrot.

Ada meeting dari pukul 1.30pm – 5.30pm. Snack makan YoGoo yogurt stick.

On the way balik sakit perut gila rasa nak membuang air besar – macam keracunan makanan. Lepas buang air besar baru hilang sakit perut.

Malamnya ada sedikit pendarahan bewarna coklat. Sikit saja hanya nampak bila sapu dengan tisu.

16 June 2011

Pagi mula ada pendarahan warna merah. Masih sikit dan saya mula pakai pad untuk monitor. Terus pergi KPJ Selangor jumpa Dr Esah. Kandungan dah masuk 10 minggu.

Doktor scan vaginal dan nampak kantung baby sudah membesar dan juga nampak heart beat tapi tak berapa jelas. Mungkin sebab kedudukan rahim I yang retroverted tu.

Dapat MC dua hari.

17 June 2011

Petang singgah di Giant makan mee mamak di Pak Li Kopitiam. Mula rasa sakit perut memulas-mulas.

Lepas Maghrib, sakit perut makin kerap dan pendarahan banyak mula berlaku.

Terus ke Emergency Room Hospital Sungai Buloh.

Perut memulas macam kontraksi masa nak beranak. Mula-mula seminit satu kali. Lepas tu makin kerap. Berkali-kali non-stop dalam masa 2 jam. Nak terpengsan rasanya.

11pm – baru doctor pakar scan dan confirm baby sudah tiada. Kantung baby juga telah jatuh hampir ke pintu rahim. Doktor suruh bermalam di ER untuk tunggu POC (product of conception) keluar sepenuhnya dengan sendiri.

Darah masih keluar tapi tak banyak sangat.

18 June 2011

10am – Doctor N cuba keluarkan POC dengan memasukkan speculum dan guna forcep. Masa ni memang saya menyumpah Doktor N dalam hati tu sebab… nanti saya story kemudian.

Keguguran disahkan complete so tidak perlu dicuci. Saya disuntik ubat untuk kecutkan rahim dan sepatutnya tunggu 4 jam untuk scan semula.

Tapi Doktor N tersilap lepas tak sampai 1 jam dah mintak doctor pakar scan. Doktor M check pintu rahim masih bukak dan kata mungkin ada sisa POC dalam rahim. So, terus dia guna speculum dan forcep lagi!! Sakit giler. Saya menyumpah Doktor N sekali lagi dalam hati lah.

4pm – Doktor M scan dan confirm cakap rahim dah kosong. So, boleh balik. MC seminggu.

So, begitulah kronologi kisah saya mengandung kali ke 3 dan gugur kali kedua nih.

http://www.americanpregnancy.org/pregnancyhealth/foodstoavoid.html
http://www.preconceptionhealth.org/miscarriage_cause.htm

Kalau baca kat dua website tu makanan berikut adalah sebahagian makanan yang boleh menyebabkan keguguran akibat jangkitan bakteria Listeria dan Salmonella..

  • Daging Mentah – daging yang tidak di masak dengan betul (not well done)
  • Daging Deli – daging yang diproses seperti hot dog, burger, salami ect yang tidak dimasak dengan betul
  • Telur Mentah – telur mentah atau separuh masak (mayonis ada mengandungi telur mentah)

Apa pun… kalau memang sudah tersurat bukan rezeki dapat anak memang akan gugur. Walaupun kita jaga pemakanan sebaik mungkin. Ada yang langsung tak jaga makan (nenas pun makan) tapi ditakdirkan memang akan lahir sihat walafiat anak tu kan. Allah Maha Besar..

Disclaimer: Hanya catatan peribadi sahaja. Saya ada temujanji dengan OB dalam masa 6 minggu lagi untuk check keadaan rahim atau mungkin jalani beberapa ujian untuk check punca (jika ada) saya keguguran dua kali. Lepas 3 bulan saya akan cuba mengandung lagi!

Forever Living Malaysia
PERHATIAN: Produk ini boleh didapati dari Pengedar Forever Forever Living Products yang sah, atau boleh BELI ONLINE, atau anda boleh JADI AHLI untuk dapat diskaun 15%! Daftar ahli hanya RM105 & dapat FREE 1x Aloe Vera Gel.

Anda boleh BELI ONLINE dari mana2 lokasi di Australia, Belgium, Canada, Cyprus, Czech Republic, Spain, United Kingdom, Greece, Northern Ireland, Ireland, Luxembourg, Malaysia, Netherlands, New Zealand, Philippines, Portugal, Singapore, Slovak Republic, United States and South Africa. Produk akan dihantar terus kepada alamat anda di negara tersebut!

Beli Produk Forever Living Online
Jika anda berada di mana2 negara yang tersenarai di bawah, anda boleh BELI ONLINE dengan klik pada bendera negara berkenaan. Jika negara anda tidak tersenarai, sila hubungi saya dengan mengisi borang ini. Saya akan hubungi anda secepat mungkin.
Australia Forever Living Products Buy Online Czech Republic czec-republic Netherlands Netherlands New Zealand New Zealand Slovac Republic Slovak Republic   Belgium Belgium Spain Spain Ireland Ireland Philippines Philippines United States United States Canada canada United Kingdom United Kingdom Luxembourg Luxembourg Portugal Portugal South Africa South Africa Cyprus Cyprus Greece Greece Malaysia Malaysia Singapore Singapore
 

DISCLAIMER: Pernyataan dalam laman web ini adalah pendapat penulis, berdasarkan pengalaman peribadi menggunakan ALoe Vera, pengalaman orang lain dan hasil pembacaaan dari buku, majalah dan laman web lain. Produk yang dibincangkan tidak bermaksud untuk mendiagnos, merawat atau mencegah penyakit2 tertentu. Anda disarankan berbincang dengan doktor jika mengalami apa2 masalah kesihatan atau sebelum memutuskan untuk mengambil supplemen dari Aloe Vera dan lain2.

Forever Living Malaysia
BUSINESS PARTNER DIPERLUKAN SEGERA!
Forever Living Products Malaysia - Singapore - Brunei


Modal mula dari RM1,550 -RM1,800 sahaja. Dapat 20+ produk pada harga ahli. Next belian diskaun/untung 35%! Boleh taja ahli. Yang *BETUL2 SERIUS NAK BISNES* sila isi borang di http://KhasiatAloeVera.com/ahli
Saya akan hubungi anda secepat mungkin!
http://BisnesAloeVera.com
http://rosibrahim.flp.com

Nama anda akan disenarai sebagai business partner team #AloeVeRos di laman web KhasiatAloeVera.com.

Semoga anda dan saya dimurahkan rezeki bersama Forever Living. Ameen.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *